ASSALAMUALAIKUM?Hello?
Ni ade sikit panduan untuk about puasa dan tips semasa berpuasa :)
Kepentingan berpuasa untuk kesihatan
- Puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
- Dari segi kesihatan, berpuasa adalah penting untuk merehatkan sistem penghadaman setelah 11 bulan bekerja.
- Berpuasa juga boleh :
- Mengurangkan berat badan.
- Merendahkan paras kolesterol darah.
- Merendahkan kandungan gula dan trigliserida dalam darah.
- Merendahkan tekanan darah.
- Nabi Muhammad SAW juga ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit dan amalan pemakanan yang betul adalah sumber ubat’.
Khasiat dan kebaikan buah kurma
- Mengandungi hanya 60 kalori bagi 3 biji buah kurma bersaiz sederhana.
- Mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin A, C, B1 & B2. Ini membekalkan nutrien penting untuk tubuh.
- Mengandungi gula ringkas seperti fruktosa dan dekstrosa yang bertindak sebagai tenaga segera yang mampu mengembalikan tenaga dan mencergaskan badan dengan cepat.
- Kaya dengan serat.
Panduan pemakanan semasa berbuka
- Jangan gelojoh semasa berbuka. Seelok-eloknya berbuka mengikut sunnah.
- Mulakan dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong.
- Jika perlu, ambil hanya 1 gelas minuman manis semasa berbuka.
- Bersederhana dalam pengambilan makanan. Jangan makan berlebihan atau mengikut nafsu.
- Kurangkan pengambilan makanan yang boleh memudaratkan seperti makanan yang berlemak, berminyak, tinggi garam dan tinggi gula.
No comments:
Post a Comment